Friday, September 30, 2011

4Life

Real Science. 4Life Research products are based on sound science, pioneering research and cutting edge innovation.

From its inspiring beginnings in the United States to its current status as a world leader in direct selling, 4Life distributors have built a global empire in 12 years..source: 4Life Inspire mags

what is 4Life?
stay tune for more of this to come!
change your life and have control

ratna adnan
1st day with 4Life

Wednesday, September 28, 2011

my knight in shining armour


this was during his birthday on hajj last year.

my cheeky son and a very tender soul.
has grew up so fast that i could barely hold.
for the characteristic of a gold
are all that is found in this magical being i adore.


Sunday, September 18, 2011

mimpi


sometimes i need a little push
and a lot of prayer and guidance from Allah
to be able to make that first step.
Insya Allah. all is well.

i've finally realising my dream ( one of so many )

people asked..
would i be able to cope?
its something i'm passionate about. i've yet started but i do hope that its gonna be easy peasy with all the passion inside

what's a 30 something working mother need to further her study for?
never too late, never say impossible, never die without dreaming, never under estimate oneself, imagine all possibilities

do i have time?
24 hrs per day, 1440 mins/day, 86400 seconds/day.

aren't you gonna get worked out?
definitely. save the money to the gym

among others...

i'm just thankful for Allah on all the wonderful things i managed to experience while living in this beautiful world He has created.
He also created far too many opportunities for us to make use off and to gain a perpetual bliss from.
its just a terrific waste if we just sit and do nothing.

i am taking advantage of the 24 hours/day His giving me.
make our sleeping hours shorter...
there are too many that we has and would missed.

Salam

Sunday, September 11, 2011

stylobooku


well. Alhamdulillah.

Currently my dream of registering my own business has comes true.
well yeah, its really easy peasy to have registering one.
anyone can do so.

but for me, i have been putting it off so long.
frankly its been toooooo long.

but now i have manage to start the first step and so i shall
move onto the 2nd, 3rd and millions of steps forward.

wish me luck!

btw, we are providing books, stationary and clothings sales and supplies.
plus a little bit on f&b as well.
will update in the fanpage or the blog more

Monday, August 15, 2011

Trust Him to show you the way!

Assalamualaikum.

Life is just all about how we live it.
But its only by His qada' n qadar that we should rely upon and belief in.

Marriage life are also facing challenges all the way.
miscommunications, quarrel, fights, silent treatment,
you name it..

how do we handle it?
i had my fair share of arguments also with my dear beloved ,
its really disturbing and heart aching everytime we fought,
its also ' time wasting '

But you will never be dissapointed when you turned to Allah His All Mighty for help.

The most recent fights we had, I was clearly stubborn enough to let it go even though my dear beloved seems to already forget about it and has started to spoke to me,
and I was in a derange state whether or not to let it go or be all hard on him,

until the next morning, I was on the internet and browsing and had found out about habib umar bin hafiz a well known and important scholars alive today and his a descendent of the Prophet Muhammad PBUH, through his grandson Imam Hussain, may Allah be pleased with him. The 39th generation from Rasulullah PBUH.
Its just so wonderful and mesmerizing how there is such possibility for us today to see the descendant of the most missed Prophet Muhammad SAW. Allah is Great.

and all this has make me realized that Allah will never failed us and will always show His guidance to us no matter what are the way or through whom ever He pleases..

I had taken granted of this current state I'm in and asked Him, how would I ever be able to clear my mind and make peace with my dear beloved sincerely..
and than i opened the magazine i was reading the night before and i was on a topic " selesaikan masalah hanya dengan pasangan " ( settle your problem only with your spouse ), i did not finished the article when i already dozed off to sleep.

but that morning when i had that question in my mind for Allah to show me guidance, as I picked up again the magazine to continue on the article, this is what i read..

Bercakap dengan pasangan

Namun demikian, adalah lebih baik sekiranya masalah yang dihadapi itu diselesaikan dengan pasangan. Sekiranya salah seorang membicarakan tentang pasangannya pada orang lain, dikhuatiri timbulnya ketidaksesuaian dan ketidakpuasan yang tidak disampaikan dengan baik kepada pasangan. maka disinilah bermulanya saat penting untuk anda membiasakan diri menyampaikan apa sahaja masalah kepada pasangan . Cuba nyatakan dengan pola komunikasi yang baik terhadapa pasangan.

usah menunggu pasangan kita yang memulai bicara. Yakinlah sekuat mana sekalipun kita berusaha untuk mengabaikan masalah yang sedang terjadi, keadaan yang tercipta kan tetap tidak tenteram dan aman. Lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah, dan buanglah jauh-jauh anggapan siapakah yang berhak untuk memulakan bicara.

semasa membincangkan masalah, gunakan bahasa yang sangat baik dan lembut. bukankah Allah SWT menyuruh kita untuk saling memberi nasihat dalam kesabaran dan kebaikan? dan bukankah membiarkan masalah yang berlarutan itu hanya akan membuang waktu, fikiran dan emosi yang seharusnya kita gunakan untuk hal yang lebih baik?
" Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam keadaan yang rugi. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran. " (Al-Ashr 103: 1-3 )

mulakan dari sekarang untuk membiasakan diri menyelesaikan masalah dengan tepat bersama orang yang tepat. tinggalkan kebiasaan berdiam diri dan kemudiannya meluahkan kepada orang lain. Percayalah hal ini tidak akan mendatangkan hasil, sebaliknya lebih banyak mudaratnya. untuk itu mulakan bicara untuk apa yang anda harapkan padanya, sekarang!
majalah i ; okt 2010

the answer to my disturb mind and heart ache, point blank. absolute answer from Him through my unfinished reading.

Allah has His way of showing us guidance. Ways that we would never imagine possible. Turn to only Him for help and He will never fail us. Ameen.

Tuesday, July 26, 2011

pelacur, anjing & kehidupan

i was touched reading this and decided i need to share here.

by: Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin
excerpt from: Majalah i, sept 2010

Dalam hadis nabi saw bersabda: " Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" ( riwayat al-bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. betapa luasnya rahmat Allah kepada hambaNya. Betapa luas peluang yang diberi kepada setiap insan mendapat keampunanNya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Allah itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah sesetengah mereka yang mengaku dirinya mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan nabi. Malangnya, mereka tidak membawa misirahmat seperti yang diajar oleh Allah kepada nabiNya saw. mereka itu selalu menggambarkan Allah penuh dengan sifat kekerasan, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Dimanakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis diatas?! Dimanakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: " Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani, dan bahawa azabku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya" ( Surah al-Hijr 49-50 )

Hina dan Mulia
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur.Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Adapun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Namun seorang wanita penzina mendapat keaampunan Allah swt disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur di mata manusia dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia? Namun air yang diberikan dari pelacur itu tadi kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keaampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberi bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

Kita mungkin tertanya-tanya alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian. Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. tidak begitu!

Perkara utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. inilah perkara yang paling sukar hendak dicapai dan dijaga. keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang pura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat 2 rakaat setiap kita mungkin tidak sama disisi Allah swt berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Maka 2 orang yang berada dalam saf solat yang sama belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagai langit dan bumi. Nilaian disisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.

Banyak dan Sedikit
Bahkan kadang kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma Rm 1000. Sekalipun nilainya cuma RM 10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang bergaji 10 atau 15 ringgit sehari. dia pun mengeluarkan Rm 10 dengan penuh erti dan berat sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya denganpenuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza disisi Allah dibandingkan derma RM 1000 yang dikeluarkan dengan kesombongan atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu. Namun jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pasti ganjarannya lebih.

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas tetapi mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurnia Tuhan kepadanya, maka dia pun diampun dan dibuka jalan kebaikan. Allah tahu tentang dirinya. Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang adal dalam dirinya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya. Berapa ramai orang-orang bukan Muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan. Malangnya umat Islam atas kelemahan dan kagagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi menyakinkan. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai disisi Allah.

Apatah lagi dalam Surah al-Isra' ayat 15. " Kami tidak akan mengazab,  sehinggalan Kami mengutuskan rasul" Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia didunia. Selain media barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mereka mungkin lebih mendapat keaampunan Allah dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.

Insafi Diri
hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun kedudukan pelakunya disisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka akan mendapat keaampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidak sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana linkungan kehidupannya. Namun jika ada dalam jantung hati keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia kan menemui jalan keaampunan Allah Yang Maha Adil lagi Penyayang. semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri serta kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin lebih disayangi Allah dari kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keaampunan Allah!

Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin
ialah mantan Mufti kerajaan negeri Perlis

Monday, July 4, 2011

mati, saat kita dpat bertemu dengan yang tercinta Allah

ulang tayang Halaqah SentuhanQalbu bersama pengasas Esq Dr. Ary Ginanjar Agustian;

bagaimana kita mengahadapi mati adakah kita tak mahu membicarakan mati, tak relevent, lambat lagi atau adakah kita menantikan akhir hayat agar kita dapat menemui saat yang paling didambakan. kenapa kita hendak ingat mati. sayang dunia...

kita ingat pada mati, kerana saat inilah yang menjadi tujuan hidup kita di dunia bertemu Pencipta Allah SWT yang menyayangi kita lebih dari 1000 orang kasih sayang ibu. Atas setiap hela nafas kita dibumi ini hanyalah disebabkan kehendakNya. Itu kenikmatan setiap saat yang kita perolehi atas kasih sayang Allah.

bila kita tidur Allah tetap meneruskan degupan jantung kita, memelihara kita kala kita tenang merehatkan diri,
tak ingat apapun hanya ketenangan dan rehat kemudian di pancarkan muka bumi ini untuk kita dapat melihat dan melalui hari yang terang dan indah. Ya Allah!

setiap kematian sesuatu yang di nanti-nantikan
bayangkan kita berjumpa ibu bapa, suami isteri, anak-anak di pagi Aidil Fitri,
darabkan 1000 kali, 1000 kali lagi dan 1000000 kali lagi,
begitulah bahagianya berjumpa Allah.

persiapkan diri. Jangan jadi hamba Allah yang kufur yang daif yang jahil.
marilah kita mencuba menghargai Allah sepenuhnya. Pleased Allah.

long term vision:
berjumpa Allah dengan persiapan diri yang terbaik
mid term vision:
melakukan kerja / ibadah yang terbaik
short term vision
setiap saat setiap waktu. lakukan yg terbaik ikhlas kerana Allah

................................................ 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin