ulang tayang Halaqah SentuhanQalbu bersama pengasas Esq Dr. Ary Ginanjar Agustian;
bagaimana kita mengahadapi mati adakah kita tak mahu membicarakan mati, tak relevent, lambat lagi atau adakah kita menantikan akhir hayat agar kita dapat menemui saat yang paling didambakan. kenapa kita hendak ingat mati. sayang dunia...
kita ingat pada mati, kerana saat inilah yang menjadi tujuan hidup kita di dunia bertemu Pencipta Allah SWT yang menyayangi kita lebih dari 1000 orang kasih sayang ibu. Atas setiap hela nafas kita dibumi ini hanyalah disebabkan kehendakNya. Itu kenikmatan setiap saat yang kita perolehi atas kasih sayang Allah.
bila kita tidur Allah tetap meneruskan degupan jantung kita, memelihara kita kala kita tenang merehatkan diri,
tak ingat apapun hanya ketenangan dan rehat kemudian di pancarkan muka bumi ini untuk kita dapat melihat dan melalui hari yang terang dan indah. Ya Allah!
setiap kematian sesuatu yang di nanti-nantikan
bayangkan kita berjumpa ibu bapa, suami isteri, anak-anak di pagi Aidil Fitri,
darabkan 1000 kali, 1000 kali lagi dan 1000000 kali lagi,
begitulah bahagianya berjumpa Allah.
persiapkan diri. Jangan jadi hamba Allah yang kufur yang daif yang jahil.
marilah kita mencuba menghargai Allah sepenuhnya. Pleased Allah.
long term vision:
berjumpa Allah dengan persiapan diri yang terbaik
mid term vision:
melakukan kerja / ibadah yang terbaik
short term vision
setiap saat setiap waktu. lakukan yg terbaik ikhlas kerana Allah
................................................
No comments:
Post a Comment